Our Services
Advance Wide Area Wireless Netwoking !
With Up To 50% Cost Saving* !
Di
OPEN WIRELESS, kami mempunyai kepakaran menyediakan perkhidmatan
pemasangan dan rundingan untuk WiFi sistem terbuka bagi kawasan liputan
yang luas seperti kompleks pejabat, pusat membeli-belah, sekolah,
asrama, kolej, universiti. Dengan sistem dan teknologi terkini,
canggih, mudah serta ringkas. Dan sistem seperti ini tidak semestinya
melibatkan kos yang tinggi. Kami boleh membantu anda menyediakan
perkhidmatan WiFi yang baik dan stabil kepada klien atau pengguna di
samping anda dapat menikmati penjimatan kos dengan sistem kami
yang lebih ekonomi berbanding sistem sedia ada. Kami berupaya menyediakan penyelesaian bagi pemasangan sistem WiFi di kawasan yang bermasalah seperti:
1. Kedudukan bangunan/pengguna yang bertaburan di kawasan yang luas,
2. Kedudukan Gateway ISP yang jauh dari pengguna,
3. Ingin menyediakan sistem WiFi yang mudah diurus (pengetahun ICT yang minimum),
4. Kawasan / bentuk muka bumi yang sukar dan berbukit bukau.
5. Bangunan yang tinggi dan pengguna berada di tingkat yang tertentu.
6. Kawasan yang tidak membenarkan sistem LAN & kabel dipasang.
Kami
juga membekal peralatan wireless, dan juga menyediakan
perkhidmatan pemasangan keseluruhan peralatan berserta sistem kepada
kontraktor-kontraktor yang terlibat didalam bidang ICT terutamanya
kontraktor muslim. Dengan mengunakan sistem kami, anda boleh
menjimatkan kos sehingga 50%* ! dan ini membolehkan anda menyediakan
tender projek wireless dengan harga yang sangat kompetitif !
Berminat ? Hubungi Kami >>![]()
New Product ! WiFi Business in A Pack !
INGIN MEMILIKI CYBER CAFE MAYA ? MENCARI PELUANG PERNIAGAAN
DALAM BIDANG ICT ?
INGIN MENJANA PENDAPATAN TAMBAHAN ?
Anda datang ketempat yang betul !
Kami bersedia berkongsi pengalaman
dan peluang perniagaan untuk anda
memulakan dan menjalankan perniagaan
Wifi samada di asrama, kolej, universiti, politeknik, atau kawasan perumahan, kondominium dan apartment...
Kelebihan sistem Open Wireless berbanding sistem sedia ada:
1. Sistem yang mudah difahami dan mudah dioperasikan, semudah menggunakan facebook/friendster/
myspace !
Anda akan diberikan pakej lengkap untuk membolehkan anda mengendalikan dan mengoperasikan sistem kami. Sistem ini sungguh mudah dipelajari. paparannya jelas dan mudah, mesra pengguna, tetapi ianya juga dilengkapi instrumen yang canggih dan komprihensif membolehkan anda menjadi pegendali sistem yang "PRO" didalam sekelip mata ! Sehinggakan pelanggan kami yang berpengalaman pun mengakui bahawa sistem ni canggih tetapi mudah didalam satu pakej "ALL IN ONE"!
2. Hanya memerlukan pengetahuan ICT yang sangat minimum, pelajar sekolah peringkat menengah pun
mampu menjadi ADMIN !
Anda tidak perlu mempelajari tentang asas networking, html, xml, php, sql. sistem ini telah diringkaskan untuk pengguna, semua paparan dan menu hanya dioperasikan dengan menekan butang-butang menu yang tersedia. Anda tidak perlu memasukan kod-kod makluk asing yang sukar untuk difahami dan diingati. Anda boleh menambah pegguna, menyekat pengguna, menghantar masej semudah menghantar komen didalam blog/forum atau semudah menulis diatas kertas ! begitu ringkas, pelajar sekolah pun boleh menjadi ADMIN !
3. Pengurusan sistem yang mudah, tidak perlu berada dilokasi untuk melakukan tugas ADMIN !
pengurusan boleh dilakukan di pejabat, rumah, restoran mamak/kopitiam yang mempunyai WiFi
dan juga melalui wireless broadband anda !
Tiada masa untuk mengoperasikan sistem sepenuh masa di lokasi wifi ? kami ada penyelesaianya. Sistem kami membolehkan perniagaan wireless anda beroperasi sepenuh masa tetapi anda hanya berniaga separuh masa ! Ini boleh dilakukan dengan sistem kami, anda boleh menguruskan sistem dari mana-mana sahaja lokasi di seluruh dunia selagi anda mempunyai capaian internet !
4. Peyelenggaraan yang minimum, berdasarkan pengalaman kami dan pengguna sistem ini sejak 3 tahun
lalu, penyelenggaraan hanya 2 kali setahun ! Dan tidak pernah melibatkan sebarang kos !
Sistem kami amat stabil dan tidak memerlukan penyelenggaraan yang kerap. Sistem hanya perlu dipasang dengan sempurna dan ditinggalkan tanpa perlu melakukan konfigurasi yang kompleks untuk setiap kali penambahan pengguna dan peralatan ataupun kawasan liputan yang baru ! Setiap kali penambahan pengguna atau peralatan, sistem akan melakukan konfigurasi secara automatik tanpa memerlukan campur tangan manusia !
5. Pemasangan sistem ? kami boleh uruskan ! Latihan untuk usahawan juga disediakan !
Anda tidak perlu risau. Segala pemasangan peralatan dan konfigurasi sistem untuk network yang baru akan dilakukan oleh Open Wireless. Kami akan menyerahkan sistem yang telah sempurna dan telah sedia untuk beroperasi ! Kami juga menyediakan perkhidmatan latihan dan bantuan didalam talian dengan percuma ! Anda juga boleh berhubung dengan pegawai khidmat pelanggan kami untuk bantuan dan pertanyaan melalui telefon..
Ingin Mengetahui lebih lanjut ? Dapatkan Konsep & Plan Perniagaan ini Percuma! Hubungi Kami SEGERA >>
*bergantung kepada keadaan lokasi, tidak kos efektif untuk kawasan yang terlalu kecil*