About Us
Sejarah Kami
Syarikat ini ditubuhkan pada 07 hb Mac 2007 di Kuala Lumpur dengan nama asal Mad Network. Lokasi pertama perniagaan syarikat adalah di Lot 39, 2-G, Wisma Rampai, jalan 34/26, Taman Seri Rampai, 53300, Kuala Lumpur.
Cawangan kedua syarikat dibuka pada 02hb Ogos 2007 di no 32, Jalan Kebudayaan 1A, Taman Universiti, 81300, Skudai, Johor. Syarikat ini menjalankan perniagaan berkaitan peralatan komputer, IT, perkhidmatan internet dan telekomunikasi.
Kami melebarkan perniagaan dalam bidang perkhidmatan WiFi pada bulan Julai 2007 dengan projek pertama di Kolej Islam Antarabangsa(IIC). Dengan pertambahan pelanggan dalam bidang perkhidmatan Internet, kami menubuhkan anak syarikat khas bagi bidang ini.
Pada 24hb Julai 2008, syarikat Open Wireless ditubuhkan yang beralamat di No 32, Jalan Kebudayaan 1A, Taman Universiti, 81300, Skudai, Johor. Syarikat ini menjalankan perniagaan khusus dalam bidang perkhidmatan internet, networking, WiFi dan mempelopori penyelesaian Wifi dengan sistem teknologi mesh bagi jaringan serdahana dan besar di Malaysia.
Kini cawangan kedua telah di buka di Kubang Kerian, Kota Bahru, Kelantan bagi wilayah timur, Manakala ibu pejabat pula telah dipindah dari Skudai, Johor ke Gombak, Selangor. Hubungi Kami >>
Pengurusan Dan Kakitangan Syarikat
Pengurusan Syarikat
Pengurus Syarikat:
Muhamad Ilmam Faris Bin Ab Hamid B.Eng (Hons.) UTM